Friday, December 23, 2011

h.o.l.i.d.a.y : Singapore - Sentosa Island - Marina Bay Sands - Clarke Quay [ Day 1 - Part 1 ]

Gerek Seh!!!

Bermulalah perjalanan kami sebagai BACKPACKER BUJANG ke negara yang pernah digemparkan dulu dengan KISAH DILANGGAR IKAN TODAK.. ehh seyes todak ??..

Seawal 11.00 malam kami dah ready di Terminal Bersepadu Selatan [TBS].. ikutkan tiket bas bergerak 11.55 malam.. jadik kenalah berada di sana awal kan.. tu pun nasib baik ada member BAIK HATI nak tolong hantarkan ke TBS.. mekasih kat korang ekk.. korang memang KACAK!! =)

 
Cun giler TBS kan.. dah macam rupa Airport.. nie first time kowt aku datang sini.. seyes lawa... bab bas pulak trip mate aku awal2 dah belikan tiket.. Bas Konsortium berharga RM39.00 untuk sehala sahaja.. murah ker??.. okk settle sumer.. bas pun cool.. selesa untuk beradu.. itu yang penting..

Perjalanan bermula dalam jam 12.00 malam..

Lebih kurang jam 3.00 pagi aku tersedar.. dah sampai Terminal Bas Larkin Johor rupanya.. giler laju bas nie.. di Larkin lak dorang tukar driver.. gerak terus ke Imigeresen Malaysia.. cambiasa naik atas.. pergi ke Kaunter.. pass up Passport.. turun semula.. naik bas tadi.. bergerak ke Imigeresen Singapore pulak..  ulangi "cambiasa" tadik.. naik atas.. tapi korang jangan lupa ambek Kad Putih lak.. kat sana ada orang imigresen akan edarkan.. isi borang Kad Putih tu.. pass up Passport dan Kad Putih kat Kaunter.. cop mohor.. settel.. dah boley masuk Singapore... teheee~ =)

Sampai di destinasi yang di janjikan.. Beach Road Singapore dalam jam 5.00 pagi.. awal giler raser nyer.. mata masih mamai lagik.. sementara menunggu MRT Station beroperasi  jam 6.00 pagi [ hasil maklumat dari brader station minyak di sana ].. lepak sekejap di Masjid berdekatan.. Masjid Hajjah Fatimah..
Solat Subuh dan breakfast roti bekalan dari Malaysia.. pagi-pagi nie lapar kowt..

Aktiviti pertama mengikut plan yang dah aku ready kan awal-awal adalah menerjah Sentosa Island.. jadik nak kesana kami mengunakan perkhidmatan MRT.. menapak skit dari Masjid Hajjah Fatimah ke Station MRT - Lavender..
 
Dari Lavender - Outram Park kemudian tukar train untuk ke Harbour Front..  harga SD1.60 + SD1.00 untuk kad kaler hijau.. boleh dikembalikan balik kad nie kalu nak dapat balik SD1.00.. nak topup pun boleh.. takde hal nyer..

Sampai di Harbour Front bolehlah memilih untuk masuk ke Sentosa Island.. nak naik Train pun boley.. nak naik Cable Car pun boley... nak naik Cab pun boley.. nak menapak pun boley... kami?.. ikut plan asal kami nak mengunakan perkhidmatan Cable Car.. boleh lah usha-usha view Singapore.. harga untuk return SD26.00 sahaja.. mahal?? layan jek..

Disebabkan kami sangat awal sampai di sini.. terpaksa la menunggu sehingga kaunter Cable Car buka.. jam 8.30 pagi beroperasi..

joom naik Cable Car joomm~
view dari atas Cable Car.. nice~



walapun agak gayat..  gigihkan juga menghayati view dan shoot picca dari atas Cable Car..

Akhirnya jejak juga kaki ku di Sentosa Island.. masa untuk explore seluruh Sentosa.. =)
 Tiger Sky Tower.. tak naik pun.. lalu jekk..
 di sini pun ader Merlion gak.. tapi Singa yang nie tak muntah air.. hehe

 Seterusnya menapak kaki ke Siloso Beach.. actually kan ader shuttle bus yang akan membawa pelancong-pelancong ke Siloso Beach nie sebenarnya.. tapi di sebabkan KESOMBONGAN kami yang MALU bertanya.. akibatnya.. aahh~ semput.. sakit kaki dowh.. jauh giler menapak.. basah ketiak... demm..


Fort Siloso ini berbayar rupernyer.. buat penat jek aku menapak sampai ke sini.. demm~

seyes penat.. kami pulang ke Center naik shuttle bus.. takmo sombong-sombong dah.. hehe.. plan seterusnya ke Palawan Beach.. naik shuttle bus yang menghala ke Palawan Beach pulak.. serik kowt menapak kaki.. banyak tenaga nak digunakan aktiviti selepas ini..


pulang semula ke Center naik shuttle bus.. sampai di Center plan seterusnya bergerak ke Universal Studio Singapore.. teheee~


Dari Center naik shuttle train Beach Station - Waterfront Station.. menapak kaki skit ke Universal Studio Singapore..  
Universal Studio Singapore.. kat entrance jek kowt.. sebab tak masuk dalam pun.. hehe
aku menPOYOkan diri di depan USS nie.. =)

*Bersambung..

weeee~

nota kaki : sakit kowt kakisebab tak pakai kasut.. aku pakai croc jek.. hehe =)

1 comment:

ch@ said...

wow bestnya. harus aku ajak orang tu pi dating. aku suka picture yg ko snap, cun. boleh belajar teknik2 menembak dgn ko.