Friday, December 23, 2011

h.o.l.i.d.a.y : Singapore - Sentosa Island - Marina Bay Sands - Clarke Quay [ Day 1 - Part 1 ]

Gerek Seh!!!

Bermulalah perjalanan kami sebagai BACKPACKER BUJANG ke negara yang pernah digemparkan dulu dengan KISAH DILANGGAR IKAN TODAK.. ehh seyes todak ??..

Seawal 11.00 malam kami dah ready di Terminal Bersepadu Selatan [TBS].. ikutkan tiket bas bergerak 11.55 malam.. jadik kenalah berada di sana awal kan.. tu pun nasib baik ada member BAIK HATI nak tolong hantarkan ke TBS.. mekasih kat korang ekk.. korang memang KACAK!! =)

 
Cun giler TBS kan.. dah macam rupa Airport.. nie first time kowt aku datang sini.. seyes lawa... bab bas pulak trip mate aku awal2 dah belikan tiket.. Bas Konsortium berharga RM39.00 untuk sehala sahaja.. murah ker??.. okk settle sumer.. bas pun cool.. selesa untuk beradu.. itu yang penting..

Perjalanan bermula dalam jam 12.00 malam..

Lebih kurang jam 3.00 pagi aku tersedar.. dah sampai Terminal Bas Larkin Johor rupanya.. giler laju bas nie.. di Larkin lak dorang tukar driver.. gerak terus ke Imigeresen Malaysia.. cambiasa naik atas.. pergi ke Kaunter.. pass up Passport.. turun semula.. naik bas tadi.. bergerak ke Imigeresen Singapore pulak..  ulangi "cambiasa" tadik.. naik atas.. tapi korang jangan lupa ambek Kad Putih lak.. kat sana ada orang imigresen akan edarkan.. isi borang Kad Putih tu.. pass up Passport dan Kad Putih kat Kaunter.. cop mohor.. settel.. dah boley masuk Singapore... teheee~ =)

Sampai di destinasi yang di janjikan.. Beach Road Singapore dalam jam 5.00 pagi.. awal giler raser nyer.. mata masih mamai lagik.. sementara menunggu MRT Station beroperasi  jam 6.00 pagi [ hasil maklumat dari brader station minyak di sana ].. lepak sekejap di Masjid berdekatan.. Masjid Hajjah Fatimah..
Solat Subuh dan breakfast roti bekalan dari Malaysia.. pagi-pagi nie lapar kowt..

Aktiviti pertama mengikut plan yang dah aku ready kan awal-awal adalah menerjah Sentosa Island.. jadik nak kesana kami mengunakan perkhidmatan MRT.. menapak skit dari Masjid Hajjah Fatimah ke Station MRT - Lavender..
 
Dari Lavender - Outram Park kemudian tukar train untuk ke Harbour Front..  harga SD1.60 + SD1.00 untuk kad kaler hijau.. boleh dikembalikan balik kad nie kalu nak dapat balik SD1.00.. nak topup pun boleh.. takde hal nyer..

Sampai di Harbour Front bolehlah memilih untuk masuk ke Sentosa Island.. nak naik Train pun boley.. nak naik Cable Car pun boley... nak naik Cab pun boley.. nak menapak pun boley... kami?.. ikut plan asal kami nak mengunakan perkhidmatan Cable Car.. boleh lah usha-usha view Singapore.. harga untuk return SD26.00 sahaja.. mahal?? layan jek..

Disebabkan kami sangat awal sampai di sini.. terpaksa la menunggu sehingga kaunter Cable Car buka.. jam 8.30 pagi beroperasi..

joom naik Cable Car joomm~
view dari atas Cable Car.. nice~



walapun agak gayat..  gigihkan juga menghayati view dan shoot picca dari atas Cable Car..

Akhirnya jejak juga kaki ku di Sentosa Island.. masa untuk explore seluruh Sentosa.. =)
 Tiger Sky Tower.. tak naik pun.. lalu jekk..
 di sini pun ader Merlion gak.. tapi Singa yang nie tak muntah air.. hehe

 Seterusnya menapak kaki ke Siloso Beach.. actually kan ader shuttle bus yang akan membawa pelancong-pelancong ke Siloso Beach nie sebenarnya.. tapi di sebabkan KESOMBONGAN kami yang MALU bertanya.. akibatnya.. aahh~ semput.. sakit kaki dowh.. jauh giler menapak.. basah ketiak... demm..


Fort Siloso ini berbayar rupernyer.. buat penat jek aku menapak sampai ke sini.. demm~

seyes penat.. kami pulang ke Center naik shuttle bus.. takmo sombong-sombong dah.. hehe.. plan seterusnya ke Palawan Beach.. naik shuttle bus yang menghala ke Palawan Beach pulak.. serik kowt menapak kaki.. banyak tenaga nak digunakan aktiviti selepas ini..


pulang semula ke Center naik shuttle bus.. sampai di Center plan seterusnya bergerak ke Universal Studio Singapore.. teheee~


Dari Center naik shuttle train Beach Station - Waterfront Station.. menapak kaki skit ke Universal Studio Singapore..  
Universal Studio Singapore.. kat entrance jek kowt.. sebab tak masuk dalam pun.. hehe
aku menPOYOkan diri di depan USS nie.. =)

*Bersambung..

weeee~

nota kaki : sakit kowt kakisebab tak pakai kasut.. aku pakai croc jek.. hehe =)

Wednesday, December 7, 2011

h.o.l.i.d.a.y : Singapore - Sentosa Island - Marina Bay Sands - Clarke Quay

Gerek Seh!!!

Wazupp Der~.. Alhamdullilah selamat pulang dari TRIP BUJANG tuk pengakhir tahun 2011 nie.. takde la jauh sangat pun.. dekat jek.. sajer nak jalan-jalan sebelum menghadapi FINAL EXAM akan datang nie.. cambiasa la style aku kalu esok nak exam malam tu laa gigih nak buka buku kan.. so awal lagik kowt.. simpan jek la dulu buku-buku nie.. kita ENJOY dulu yow!!.. hahaa.. =)

Trip Bujang kali nie terdiri dari aku [sememangnyer aku masih Bujang] dan seorang member aku [pun Bujang gak].. kami berdua jek lebih baik.. trip selama 2 hari 1 malam sahaja.. 

cambiasa juga sebelum nak gi kene la study dulu wiki travel + buku-buku travel + blog kengkawan kan.. takde la mengagau kat sana nanti..

nie la jumlah DUIT yang aku bawak.. SD200 sajek..  sikit kann.. 
RM500 = SD204.9847..  mahal giler.. terbang duit aku.. demm~ 
 disebabkan ini TRIP BUDGET.. jadik kene la bawak BEKALAN der.. mahal kowt kat sana kan..
kami memilih perkhidmatan Bus jekk.. tiket berharga RM39.00 direct terus ke Beach Road Singapore.. 

weeee~

*bersambung la yer

nota kaki : saya suker holiday!!! =)

Thursday, December 1, 2011

h.o.l.i.d.a.y - Air Terjun Janda Baik

Ting Tong~

seronok giler bila 27/11 takde kelas.. lagik seronok time takde2 kelas nie diisikan dengan perkara-perkara yang BERFAEDAH.. jadi ke JANDA BAIK la destinasi untuk gathering kali ini.. sambil² mencuci mata mencari Mak Janda persis NORA DANISH dan sambil² tue lah dapat memanjakan diri dibasahi aliran air sungai yang nyaman dan indah.. =P

trip nie seramai 8 member² student "tua" UTM.. berkumpul di depan PSZ dan bergerak ke destinasi dalam kul 8.00 pagi.. 
aku menumpang jek kete COUPLE nie.. hehe =)

mengikut plan asal.. kami sepatutnya lepak kat air terjun di area D'Ark Resort.. sebabkan ader sorang member akan stay chalet kat sana.. tapi bila sampai jek.. seyes la.. air terjun kat area sana sebijik cam PARIT belakang kampung aku kowt... terus CANCEL.. huhu.. kami teruskan perjalanan nak cari gak Air Terjun yang BESH.. setelah riki2.. Air Terjun yang BESH tu kene Jungle Tracking la pulak kan.. 100 hinggit lak tu tuk guider.. DEMM~.. kansel!!

setelah tawaf satu Janda Baik.. akhirnya jumper gak port BESH untuk kami BERJIMBA-JIMBA.. =)
cun tak??.. boleh la.. yang penting tak ramai orang pun.. kami-kami jekk..

tugasan pertama setelah menjejak kaki di sini.. pegi cari kayu api.. nak bakar ayam laa.. haish~
nakk cari kayuu~ nak cari kayu~
nie la Master Cheif Wan merangkap sebagai tukang perap ayam.. Terbaikk~
 
nie bukan Mak Janda yer.. nie anak-anak dara yang dok sebuk sediakan santapan untuk kami.. hahhaa.. untung saper dapat dorang nie.. =)

seyes agak spoil skit disebabkan cuaca yang tidak terduga.. tertiber hujan.. pastu berenti lakk.. huhu.. aper-aper hall pun jo0mm mandi j0omm!!!!

ehemm~ SUWEET COUPLE nie..

MAKAN TIME!!! mari SOGOKAN perut dengan ayam terlebih bakor nie..

Alamdullilah berjaya juga gathering kami kali nie.. syiok gak la layan Janda Baik nie.. buley la nak releks2 kan kepala.. walapun kecewa tak dapat jumpa mak-mak janda seperti ROZITA CHE WAN.. tapi tetap ENJOY..


aku dan bulu ku.. =)

weeee~

nota kaki : next plan nak gi taman negara la pulak.. BESH tak??.. =)