Monday, January 30, 2012

h.o.l.i.d.a.y : Singapore - Sentosa Island - Marina Bay Sands - Clarke Quay [ Day 1 - Part 2 ]

Gerek Seh!!!

Aktiviti perlu diteruskan dengan menjenguk Henderson Waves Bridge yang sangat COOL diperkatakan di Internet.. tetapi hakikatnyer.. takder la COOL sangat kowt.. huhu~ 

Gerak ke sana kene naik train semula dari Station Harbour Front - Teluk Blangah [ SD1.20 ].. naik bas no 176 dan turun selepas 2 kali perhentian bas [ SD1.10 ].. dah sampai kene menapak anak tangga pulak.. adehh~


Sedikit info pasal Henderson Waves Bridge 
Panjang : 9 Kilometres
Lokasi: Kent Ridge Park dan Telok Blangah Hill Park

COOL ker? 

Matahari mula terik.. memang panas giler.. berpeluh-peluh jugak la.. tibalah masanya untuk check in hostel.. lokasi hostel pilihan kami di area China Town.. sebenarnya nak senang ke sana naik train jek.. tapi di sebabkan kedegilan kami.. kami nak layan bus ke sana [ SD1.30 ].. dan balasanya yang kami terima.. kami terturun lokasi yang entah mana-mana pun kami tak tahu.. menapak lah pulak ke China Town.. huhu..

Setelah riki-riki hostel berdekatan di kawasan China Town.. akhirnya dapat jugak hostel yang masih available dan murah..
 
Hostel ini kene menapak sedikit dari Station MRT China Town ke Mosque Street.. harga untuk semalam [ SD 25 ].. boleh la kan.. malas nak cari yang lain.. lagik pun main walk-in jekk.. tak book mana-mana hostel pun..

solat sebentar di Masjid berdepan dengan Hostel ini.. Masjid Jamae Chulia
Aktiviti petang diteruskan dengan menterjah Marina Sand Bay.. naik train dari China Town - Marina Bay [ SD 1.50 ]..

Bangunan Marina Bay Sand
 Bangunan disekitar Marina Bay Sand
oh my LV.. Butik Louis Vuitton..

Lepak disini sampai malam kowt..
 
Cun gak kan Marina Sand Bay di waktu malam..

seterusnya melihat air pancut berirama Fountain of Wealth di Suntec City.. camana nak kesana?.. Station Marina Bay - Suntec [ SD 1.50].. air pancut berirama nie beroperasi dari kul 7 sampai 9 malam.. sempat la nak jenguk sekejap..

 
terhiburlah jugak melihat air pancut beriama nie.. boleh la layan.. hehe..

tiba masa untuk pulang.. mata pun da ngantuk.. Station Promenade - China Town [ SD1.50 ].. dalam perjalanan pulang ke hostel singgah sebentar di pasar China Town.. beli sedikit souvenir gift untuk kengkawan..

nota kaki : aku mengelami sakit sendi-sendi kaki akibat memakai cros.. aktiviti yang melibatkan pengunaan kaki terpaksa di hadkan.. huhu~

No comments: